LIRIK LAGU DUALITI FT. AMEERAIS - HITAM: Setiap senikata lirik lagu dan muzik video Dualiti feat Ameerais - Hitam yang disediakan atau dipaparkan diblog ini adalah sekadar berkongsi infomasi serta tujuan rujukan sahaja. Segala lirik lagu dan muzik video Dualiti feat Ameerais - Hitam adalah hakcipta/hakmilik dari pengarang,komposer,artis dan label@produksi musik yang berkenaan.
Segala sumber-sumber muzik video Dualiti feat Ameerais - Hitam ini juga diperolehi dari YouTube. Sokonglah industri muzik nusantara dengan membeli produk original di pasaran atau memuat turun lagu/nada dering secara sah di internet. Nang Antap! Lirik Lagu Tok.
Video: Dualiti feat Ameerais - Hitam

Lirik Lagu: Dualiti feat Ameerais - Hitam
Genap perempat abad
Tempuh liku-liku kota
Komplikasi tanpa nokhtah
Dihadapi tanpa nota
Tanpa tempat untuk berlari
Bila semua tak menjadi
Kelawar panjat keluar
Perigi tanpa tali
Impian terancam saat dihimpit tekanan
Bahu memikul bebanan langkah tetap kehadapan
Tiada masa tuk sesalan
Kecut perut atau ego
Belajar dari semalam tapi hidup untuk esok
Ini buat yang sedar dan enggan berdiam
Tiap kali digegar tetap teguh qiam
Walau buta mata takkan putus asa
Mungkin tak sempurna tapi jauh dari biasa
CHRS:
Beginilah rasanya mencari dalam gelita
Berikan ku petunjuk hitamnya hidup
Hanya bergantung nasib
Pada diri sendiri
Pertaruhkan nawaitu hitamnya hidup
Langkah diorak
Lukisan hidup dicorak
Jarang menang sorak
Tapi cahaya hidup ditolak
Berteduh di dalam kotak
Takut benar gunakan otak
Kepala dicukur botak
Jalan berkepak dan mukanya bongkak
Hidup kais pagi makan pagi
Kais petang makan malam
Kais hari ni untuk esok
Hari ni makan yang semalam
Rutin tak teratur
Hati tak pernah tenteram
Ingin saja mengelamun
Biar fikiran jauh melayang
Hitam mengekor bagai bayang
Menghantui hingga sekarang
Dari depan dan belakang
Bagaikan tak pernah hilang
Ke manakah pergi ilham
Teladan dari masa silam?
Kuperlu kenal Muhammad rahmat semesta alam
CHRS:
Beginilah rasanya mencari dalam gelita
Berikanku petunjuk hitamnya hidup
Hanya bergantung nasib
Pada diri sendiri
Pertaruhkan nawaitu hitamnya hidup
Hitam segalanya gelap gelita
Di mana cahaya hitamnya hidup
Hitam segalanya gelap gelita
Di mana cahaya hitamnya hidup
Penamatku masih jauh
Segalanya habis kutaruh
Bisikan si tukang karut
Tercabar terpengaruh
Terperangkap dipermainkan penampilan
Warna-warna kertas
Yang diertikan kejayaan
Tetap dikejarkan cuma kurang ditekankan
Sehari tingkatkan suara diperjelaskan
Hitam putih susun atur papan catur
Definisi makin tinggi
Tapi visi makin kabur
CHRS:
Beginilah rasanya mencari dalam gelita
Berikanku petunjuk hitamnya hidup
Hanya bergantung nasib
Pada diri sendiri
Pertaruhkan nawaitu hitamnya hidup
Hitam segalanya gelap gelita
Di mana cahaya hitamnya hidup
Hitam segalanya gelap gelita
Di mana cahaya hitamnya hidup
No comments:
Post a Comment